Monday, November 13, 2017

CARIAN WEB





Hai bertemu kembali untuk membincangkan topik-topik seterusnya dan kini kami pelajar UTM sedang mengalami fasa 'busy'. Kesibukan dalam menyiapkan tugasan-tugasan individu serta berkumpulan yang diberikan pensyarah. Teruskan bersemangat ok kawan-kawan. Apa yang kita semai hari ini pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang. 
Teruskan semangat!

Baiklah untuk topik hari ini iaitu carian web, gambaran grafik kesibukan menyiapkan tugasan seperti di atas sangat sinonim dengan topik kita pada hari ini. Menekan keyboard untuk mencari maklumat-maklumat di web, itulah gambaran yang boleh ditafsirkan tentang maksud carian web atau dikenali juga sebagai web searching. 

ENJIN CARIAN (SEARCH ENGINES)
  • Membenarkan pengguna menghantar pertanyaan yang terdiri daripada perkataan atau fasa
BROWSER
  • Boleh ditakrifkan sebagai aplikasi perisian yang digunakan untuk mencari dan memaparkan web contohnya mozila firefox, internet explorer dan lain-lain
SEARCHING TECHNIQUES (KAEDAH CARIAN)
  • Terbahagi kepada dua iaitu Pattern Matching Queries dan Boolean Queries
Pattern Matching Queries → boleh memasukkan perkataan yang tidak lengkap, frasa yang tidak bersuara mahupun perkataan yang tidak masuk akal, enjin carian ini akan mendapat koleksi dari kata kunci. Kata kunci yang diperlukan + ditandakan sebelum kata kunci

Boolean Queries → pertanyaan yang mengandungi kata kunci tetapi dengan operator logik (dan, atau, tidak)

Setakat ini boleh faham? 





No comments:

Post a Comment