Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya. Topik yang ingin dikongsi pada entri kali ini adalah aplikasi e-mel.
Rasanya semua sudah tahu apa itu e-mel. E-mel boleh diklasifikasikan sebagai surat tetapi dihantar secara elektronik melalui internet. Banyak kelebihan penggunaan e-mel berbanding surat contohnya boleh dihantar dalam masa yang sangat pantas, mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan bersifat global.
MIME (Sambungan Mail Internet Serbaguna)
- Merupakan protokol untuk menghantar maklumat bukan teks di internet. Asasnya data bukan ASCII ditukar kepada ASCII untuk penghantaran dan kemudian ditukarkan kembali kepada penerima. MIME biasanya dikaitkan dengan multimedia seperti imej, rakaman audio dan filem.
IMAP (Internet MessageAccess Protocol)
- Direka untuk situasi dimana anda mahu bekerja dengan e-mel dari pelbagai komputer seperti komputer di tempat kerja, komputer di rumah dan komputer riba semasa dalam perjalanan. Mesej ini dipaparkan di komputer anda tetapi disimpan di pelayan mel
HTTP (Hypertext Transfer Protocol)
- Membenarkan mel dihantar dalam format halama web
SPAM
- Juga dikenali sebagai email sampah yang menghantar mesej kepada banyak penerima melalui e-mel. Mesej mungkin mengandungi pautan tersembunyi yang kelihatan seperti laman web biasa tetapi sebenarnya membawa kepada laman web pishing
No comments:
Post a Comment