Monday, November 27, 2017

APLIKASI INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sebagai seorang bakal guru, penggunaan aplikasi internet kebiasaannya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Pelbagai contoh-contoh aplikasi yang menarik boleh digunakan salah satunya schoology, padlet, facebook, kahoot, edmodo, prezi, vle-frog, elearning dan sebagainya. Semua aplikasi ini ada kelebihan serta keunikan tersendiri. Selain menggabungkan 'Learning Management System' dengan 'Social Networking' seperti yang dibangunkan schoology pelajar boleh belajar dan berkomunikasi secara sosial dalam masa yang sama. Ini sudah tentu menjadikan proses pembelajaran itu tidak membosankan dan tidak hanya bergantung pada teks dan buku semata-mata. Disini saya kongsikan beberapa link aplikasi internet yang menarik untuk tontonan semua.




https://kahoot.it/


Pada kelas yang lepas, kami diminta untuk membuat presentation individu di mana kami dikehendaki memilih satu jenis aplikasi internet yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah memilih aplikasi Schoology untuk dibentangkan di dalam kelas dan disini saya kongsi sedikit video, keunikan yang ada pada Schoology.


Menarik kan? Sebut sahaja pembelajaran secara online, pelajar dapat menggunakan kedua-dua kaedah komunikasi iaitu komunikasi segerak dan komunikasi tidak segerak. 

Komunikasi Tidak Segerak (Asynchronous) → komunikasi yang tidak berlaku pada masa yang sama contohnya e-mel dan forum

Komunikasi Segerak (Synchronous) → komunikasi yang berlaku pada masa yang sama contohnya chat

Kesimpulannya, banyak manfaat daripada penggunaan aplikasi internet yang kita boleh perolehi selain daripada menjadikan proses pengajaran serta pembelajaran menarik. Sesuai dengan saranan kerajaan demi mencapai objektif 21st Century iaitu Pembelajaran Abad ke 21 kaedah ini sangat sesuai demi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kriteri 5C ( creative, critical thinking, collaboration, communication & characteristic.





No comments:

Post a Comment