Thursday, October 12, 2017

INFRASTRUKTUR INTERNET

INFRASTRUKTUR INTERNET


Sebut sahaja tentang internet, apa yang terbayang-bayang di fikiran saya adalah lambang-lambang seperti Google Chrome, Internet Explorer dan juga Mozila Firefox.

 Tahukah kalian internet itu merupakan rangkaian-rangkaian global yang saling berhubung? Ya,  internet juga saling terhubung.  Ia berfungsi memancarkan data melalui sejenis paket suis khas yang dipanggil IP iaitu Internet Protokol. 


JADI APA BEZA INTERNET DENGAN WORLD WIDE WEB (WWW) ? 

Internet adalah rangkaian yang besar yang menghubungkan berjuta-juta komputer secara global, serta membentuk rangkaian yang membolehkan komputer berkomunikasi dengan mana-mana komputer yang lain selagi mereka disambungkan ke internet. 

Manakala World Wide Web pula hanyalah cara mengakses maklumat melalui media internet iaitu model perkongsian maklumat yang dibina atas internet. 

Internet Protokol

IP atau Internet Protokol merupakan bahasa yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi melalui internet. Alamat IP biasanya dinyatakan dalam bentuk perpuluhan sebagai nombor perpuluhan bertitik bagi memudahkan untuk diingati. Namun komputer tetap berkomunikasi dalam bentuk binari iaitu 11011000.00011011.00111101.10001001.


Alamat IP terdiri daripada 32bit dan sering ditunjukkan sebagai 4 octets nombor dari 0-255. 

Dibawah ini menunjukkann gambaran Internet Protokol dan setiap titik perpuluhan merangkumi maksud yang tersendiri.
161.139.52.254
  •          161 : Kawasan atau lokasi contohnya UTM  
  •          139 : Nombor server
  •          52 : Bahagian atau nombor unit contohnya Fakulti Pendidika
  • 254 : Nombor komputer
Sistem Nama Domain (Domain Name System)

Merupakan perkhidmatan internet yang menterjemahkan nama ke IP digital. Domain name system digunakan bertujuan untuk mudah diingati kerana nama dalam bentuk abjad lebih mudah untuk diingati berbanding menggunakan nombor.

Jenis Sambungan Internet
  • Dial connection
  • Cable
  • Fixed wireless
  • Broadband
  • Mobile wireless

No comments:

Post a Comment