Topik untuk entri kali ini agak menarik dan penting juga pada pandangan saya kerana membincangkan tentang ancaman-ancaman yang mengganggu komputer serta klien. Dalam topik ini sedikit sebanyak kita dapat mengenali jenis-jenis ancaman tersebut. Maka dengan itu, pengetahuan yang kita perolehi ini boleh lah kita praktikkan dengan mencegah dan mengambil tindakan berjaga-jaga pada masa akan datang.
Baiklah kalian pernah dengar Ransomware? Dunia dikejutkan dengan serangan ransomware sekitar tahun ini. Dalam serangan ransomware ini, hacker menjadikan data kita sebagai tebusan dan meminta kita untuk membayar sejumlah wang. Semua fail dalam komputer pengguna akan dikunci dan tidak boleh dicapai. Jika pengguna tidak membayar, fail sulit tersebut akan hilang. Bahaya kan? Ini antara salah satu bentuk ancaman yang menyerang. Berikut beberapa jenis ancaman lain yang boleh menyerang komputer serta pengguna.
- PISHING → serangan dilakukan dengan niat untuk memperoleh maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, akaun bank dan sebagainya. Menggunakan pendekatan serangan pancingan data dengan menghantar e-mel kepada wakil rasmi sebuah syarikat terkenal dan meminta untuk memasukkan data peribadi.
- WEB SPOOFING → Juga bertujuan mendapatkan data peribadi dengan menganjurkan laman web, rekabentuk e-mel , penggunaan URL yang meyakinkan serta berpura-pura sebagai sambungan atau connection yang selamat.
- ADWARE → merupakan program yang digunakan untuk menyampaikan kandungan pengiklanan
- SPYWARE → hackers kekal sebagai identiti yang tidak dikenali. Digunakan untuk mengumpul maklumat peribadi seperti butiran log masuk dan spywar ini memantau aktiviti pengguna dengan mengimbas sistem
- VIRUS → virus kebiasaannya disebarkan melalui perkongsian fail yang telah dijangkiti. Sesetengah virus tidak menjejaskan namun ada juga virus yang boleh menyebabkan kerosakan terhadap sistem
- WORM → merupakan program yang boleh meniru atau menyalin diri sendiri. Sebagai contoh, apabila ia diedarkan sebagai lampiran e-mel worm mungkin menghantar salinan ke semua alamat yang disenaraikan dalam buku alamat e-mel tempatan
- TROJAN → serangan yang menyebabkan kerosakan keselamatan komputeryang telah dijangkiti. Kerosakan yang disebabkan berbeza-beza termasuk kecurian data, kemusnahan atau akses yang tidak sah
Maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengetahuan ini amat bermakna dan boleh digunakan pada masa akan datang supaya kita lebih berhati-hati dari terkena serangan dan ancaman siber.