Assalamualaikum semua. Pembelajaran untuk harini adalah berkaitan Rangkaian Komputer. Ringkasnya rangkaian komputer itu adalah satu keadaan di mana kumpulan komputer dan komputer yang lain atau peranti yang lain dihubungkan dan membolehkan mereka untuk berkomunikasi antara satu sama lain
Hasil daripada pembelajaran topik ini, jelas saya fahami bahawa jenis rangkaian komputer itu terbahagi kepada empat iaitu:
i) PAN ( Personal Area Network) -rangkaian kawasan peribadi
- rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan untuk komunikasi antara peranti. Sebagai contoh pencetak, peranti mudah alih.
ii) LAN ( Local Area Network ) - rangkaian kawasan setempat
- rangkaian yang terhad kepada batasan geografi yang kecil contohnya rangkaian yang meliputi bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Jelas maksudnya di sini, rangkain Lan menghubungkan sebilangan komputer di kawasan yang terhad.
iii) MAN ( Metropolitan Area Network) - rangkaian kawasan Metropolitan
- rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang luas berbanding LAN. Dari fahaman saya, kebiasaannya ia merupakan gabungan beberapa buah sekolah ataupun daerah yang biasanya beroperasi di bandar-bandar.
iv) WAN ( Wide Area Notwork ) - rangkaian kawasan meluas
- rangkaian yang menghubungkan kawasan yang lebih luas geografinya , yang terpisah oleh jarak dan lokasi contohnya menghubungkan sekolah-sekolah di Malaysia dengan tempat lain di dunia contohnya Jepun dalam hanya beberapa minit sahaja.
Apa yang diperlukan untuk kita menubuhkan rangkaian? Mesti kalian terfikir-fikir, apa yang digunakan untuk membolehkan kita berkomunikasi antara satu sama lain sehingga ke pelusuk dunia? Selepas dijelaskan oleh Dr Nihra, kini saya telah dapat mengenalpasti komponen-komponen tersebut. Komponen tersebut ialah :
1) Nod akhir merujuk kepada sumber data dan destinasi data contohnya komputer peribadi, terminal, stesen kerja dan mesin pengeluaran wang automatik
2) Media penghantaran berfungsi sebagai signal kawalan dan menghantar data. Ia bertanggungjawab menghantar elektrik atau signal melalui media tertentu secara terhad (wayar) atau tidak terhad (tanpa wayar)
3) Peranti Rangkaian Elektronik bertanggungjawab mengawal data dari sumber ke destinasi. Fungsinya adalah menyambung rangkaian berganda untuk menghubungkan komputer atau network ke internet. Contoh peranti ini ialah :
- Bridges
- Router
- Multiplexer
- Switches (suis)
- Hubs (hab)
- Gateways
- Front End Processor
4) Aplikasi dalam fungsi rangkaian bertanggungjawab mengawal penghataran data dan memastikan data dihantar ke destinasi. Yang dapat saya fahami, aplikasi di nod akhir kebiasaannya melibatkan protokol. Protokol ini menetapkan peraturan dan prosedur penghantaran data, menamatkan data, menyampaikan data, menafsir data dan mengawal kesilapan.
5) Network Architecture Standard &Protocol merupakan standard yang menentukan bagaimana peranti dan rangkaian boleh berhubung dan bagaimana peranti boleh berkomunikasi untuk memastikan pelbagai peranti dan peralatan oleh vendor yang berbeza-beza ini beroperasi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Seni bina rangkaian ialah cara rekabentuk untuk berkomunikasi. Ia terbahagi kepada dua :
- Client/server network : client ialah komputer yang meminta atau menggunakan sumber rangkaian manakala server memproses permintaan pelanggan. 'Network server' membolehkan akses kepada perisian, file dan lain-lain yang dikongsi ke dalam rangkaian
- Peer to peer : tiada centre server kerana ia mempunyai akses terus ke peranti lain contohnya bluetooth
Take five kejap! Haa faham tak topik ni? Berdasarkan apa yang telah saya pelajari setakat ini, banyak pengetahuan baru yang saya timba. Selama ini saya langsung tidak tahu fungsi-fungsi bagi setiap komponen rangkaian. Pengalaman pengetahuan yang saya timba ini sangat membantu proses pembelajaran saya untuk saya aplikasikan di luar nanti. Topik seterusnya ialah topik yang sangat saya nanti-nantikan iaitu Topologi Rangkaian.
TOPOLOGI RANGKAIAN
Topologi rangkaian mengkaji tentang susunan atau pemetaan unsur-unsur pautan, nod dan lain-lain dari satu rangkaian. Topologi boleh bersifat logikal atau fizikal. Topologi fizikal merupakan susun atur fizikal peranti pada rangkaian disusun dan bagaimana mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Ia melibatkan cara stesen kerja disambung ke rangkaian melalui kabel sebenar yang menghantar data. Topolgi fizikal terbahagi kepada lima jenis iaitu:
1) Topologi Bas
- Semua peranti dihubungkan dengan satu kabel tunggal dipanggil 'backbone'. Mempunyai titik permulaan dan penamat yang terletak di hujung kabel backbone dipanggil 'terminator'. Semua nod (perisian, fail, stesen kerja ) disambung ke kabel linear. Data dihantar melalui jalur bas dari satu peranti ke peranti yang lain. Kelemahannya ialah rangkaian tidak dapat berfungsi apabila jalur bas gagal.
2) Topologi Cincin
- Setiap sistem disambung dengan jiran masing-masing yang membentuk cincin. Topologi ini tidak memerlukan penamat kerana sistem disambungkan bersama-sama dalam gelung yang tiada titik awal dan akhir seperti yang ada pada topologi bas.
3) Topologi Bintang
- Semua peranti rangkaian dihubungkan terus ke peranti pusat (hub). Hab mengawal dan mengurus semua fungsi rangkaian serta bertindak sebagai pengulang aliran data. Data pada rangkaian akan melalui hub sebelum meneruskan destinasi. Ini bermakna semua penghantaran rangkaian dihantar melalui hub.
4) Topologi Pokok
- Struktur rangkaian cincin, bas dan bintang boleh dimasukkan menjadi satu rangkaian yang besar. Ia meluaskan rangkaian sedia ada dan biasanya membolehkan sekolah memenuhi keperluan mereka.
5) Topologi Mesh
- Komputer mengandungi sambungan fizikal yang berlebihan antara satu sama lain. Topologi jenis ini membuat keputusan berdasarkan mana yang lebih berkesan.
Topologi logikal merujuk kepada cara isyarat bertindak pada rangkaian atau cara data itu melalui rangkaian tanpa mengambil kira sambungan antara fizikal peranti. Terbahagi kepada dua iaitu shared media topologi dan token based topologi.
😶 Shared media topologi - dalam topologi ini, semua sistem mempunyai keupayaan untuk mengakses susun atur fizikal apabila mereka perlukan. Kelebihan topologi ini sistem mempunyai akses yang tidak terhad kepada media fizikal namun disebalik kelebihan, ada kelemahan. Kelemahannya ialah boleh berlaku perlanggaran jika maklumat pada wayar dihantar pada masa yang sama.
😶 Topologi berpandukan token - mempunyai token yang bergerak di setiap rangkaian. Kelebihannya tidak berlaku perlanggaran kerana keperluan untuk memiliki token untuk berkomunikasi.
Ringkasnya banyak pengetahuan baru yang boleh kita dapat dalam pembelajaran kali ini. Salah satunya berkaitan topologi. Baru saya tahu, jika sesebuah sekolah menggunakan topologi bas dalam pengurusan topologi rangkaiannya ia akan memberi kesan kepada pembelajaran. Ini kerana kelemahannya yang bergantung kepada jalur bas dimana
rangkaian tidak dapat berfungsi apabila jalur bas itu gagal. Ini sudah tentu menjurus ke arah pembelajaran yang tidak berkesan. Maka dengan itu, toplogi yang bersesuaian ialah topologi pokok. Ternyata ilmu dari topik ini sangat bermanfaat buat saya, untuk saya menyelesaikan tugasan assignment berkumpulan nanti.
Kelas to be continued.. hehe.. Kena bersedia dengan presentation! Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment