Tuesday, October 10, 2017

MENGHUBUNGKAN RANGKAIAN (BAHAGIAN 1)



Bismillah sebagai pembuka bicara. Nak berjaya perlukan pengorbanan. Itu lumrah sebagai seorang pelajar. Kekangan masa yang dihadapi dari segi tanggungjawab terhadap kerja, belajar dan keluarga tidak mematahkan semangat untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ayuh semangat! 😉

Berbalik kepada topik seterusnya iaitu berkaitan menghubungkan rangkaian. Apa yang terlintas di fikiran kalian apabila masuk ke topik ini? Sudah tentu lah perkakasan-perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan rangkaian betul tak? Rangkaian berhubung melalui dua kaedah iaitu rangkain berwayar dan rangkaian tanpa wayar.

Rangkaian berwayar      → berhubung secara fizikal menggunakan kabel contohnya                                                                   menggunakan kabel telefon konvensional

Rangkaian tanpa wayar → Menggunakan isyarat untuk memindahkan data contohnya                                                             rangkaian televisyen, radio dan rangkaian selular


RANGKAIAN BERWAYAR

Kabel adalah medium untuk maklumat bergerak dari satu peranti rangkaian ke peranti lain. Antara jenis-jenis kabel yang biasa digunakan adalah seperti di bawah:

1) COAXIAL CABLE


Membolehkan penghantaran data berkelajuan tinggi seperti video dihantar dalam satu masa. Kabel ini membawa data dengan lebih cepat, ianya lebih mahal daripada 'twisted pair' dan kurang terdedah kepada gangguan. Mempunyai wayar yang berperisai bagi menghalang signal elektromagnetik dari memasuki kabel. Mempunyai pengalir kuprum tunggal pada pusat wayar dan mempunyai lapisan plastik yang dijadikan penebat antara pusat konduktor dan perisai logam. Perisai logam membantu menghalang sebarang gangguan luar dari lampu pendaflour, motor dan komputer lain

2) FIBER OPTIC CABLE
                                           

Pemindahan data yang diwakili cahaya dan bukannya isyarat elektronik yang menghapuskan masalah gangguan elektrik. Amat sesuai untuk persekitaran yang sering mengalami gangguan elektrik. Data dihantar melalui satu arah sahaja contohnya Unifi.

3) TWISTED PAIR CABLE


  • Unshielded Twisted Pair
Mempunyai 4 pasang wayar di dalam jaket dan setiap pasangan dipintal bagi menghapuskan gangguan dari pasangan bersebelahan dan juga gangguan dari peranti elektrik lain. Kelemahannya ialah kemungkinan terdedah kepada gangguan frekuensi radio dan elektrik.
  • Shielded Twisted Pair
Dua wayar individu dibungkus dengan foil yang berfungsi sebagai perlindungan. Ia membantu menyediakan komunikasi data yang lebih dipercayai. Kabel ini juga sesuai untuk persekitaran yang menerima banyak gangguan elektrik.


PENYAMBUNGAN KABEL

















No comments:

Post a Comment