Seperti kita sedia maklum, perkembangan teknologi di era globalisasi ini terlalu cepat berkembang pesat. Seiring dengan perkembangan ini, saya bakal seorang pendidik tidak harus ketinggalan kerana kepentingan teknologi itu sendiri dalam bidang pendidikan. Ianya bukan sahaja memudahkan proses penyampaian maklumat saya kepada pelajar malah ia sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah melahirkan modal insan yang kreatif , cekap dan berdayasaing.
Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam subjek Telekomunikasi dan Rangkaian yang merupakan subjek saya pelajari pada semester ini. Dari satu topik ke topik lain yang dipelajari dalam kuliah akan saya rungkai secara berperingkat. Semoga ilmu yang dikongsi ini memberi manfaat pada semua pembaca dan saudara saudari boleh tinggalkan komen untuk kita saling bertukar idea dan pandangan masing-masing.
No comments:
Post a Comment