Tuesday, September 19, 2017

PENGENALAN KEPADA TELEKOMUNIKASI




TELAH BERMULA KELAS PERTAMA DI SEMESTER PERTAMA SAYA SEBAGAI PELAJAR UTM.

Tanggapan pertama saya terhadap matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian ini adalah SUSAH kerana saya sebelum ini merupakan pelajar dari bidang perakaunan yang langsung tiada asas dalam bidang IT. Namun, setelah bermulanya kuliah yang pertama, ternyata tanggapan saya itu sebenarnya SALAH.

Kelas pertama, kami dipertemukan dengan Dr. Mohd Nihra Haruzuan bin Mohd Said. Seorang yang berketerampilan serta berkaliber tinggi dari sudut pandangan mata saya.  Bermula dengan penerangan tentang Rancangan Pengajaran, disusuli dengan sesi suai kenal, perbicangan , serta pembahagian tugas, banyak perkataan-perkataan baru yang saya pelajari contohnya 'isochronous', 'amplitude', 'analog' dan sebagainya. Pada mulanya saya 'lost' di awang-awangan namun setelah mendapat penerangan yang jelas dari Dr Nihra, alhamdulillah proses pembelajaran saya mudah dan saya sangat seronok untuk tahu lebih mendalam lagi tentang matapelajaran ini.



Berbalik kepada topik utama, saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai bab Pengenalan kepada komunikasi. Apa itu komunikasi?

KOMUNIKASI merupakan penyampaian, pemberitahuan, memindahkan atau menukarkan mesej-mesej, sebarang idea, ilmu atau maklumat dalam bentuk suara, ucapan, 'signal', penulisan atau perbuatan.

Terdapat enam elemen yang terlibat semasa proses komunikasi berlaku iaitu :

  • Pengirim /sumber
  • Mesej
  • Saluran
  • Penerima
  • 'Noise'
  • Tindakbalas
Sedikit selingan gambar rajah yang saya hasilkan sendiri untuk rujukan kalian supaya tidak bosan membaca penulisan saya.



Secara ringkasnya gambarannya begini, pengirim menghantar mesej atau maklumat menggunakan apa sahaja jenis saluran,contohnya percakapan kepada penerima, kemudian penerima memberi tindakbalas terhadap penerimaan mesej tersebut. Itu dinamakan proses komunikasi.

Haaa faham ke tidak?  Diharap saudara saudari pembaca sekalian tidak terpinga-terpinga dengan mesej yang saya cuba sampaikan. Jangan jadi macam watak penerima dalam gambar di atas ya! Kalau tak faham, boleh tinggalkan komen, saya akan cuba terangkan sampai kalian faham 😉

TELEKOMUNIKASI pula merujuk kepada penghantaran maklumat dari pemancar kepada penerima yang biasanya melibatkan jarak dari satu tempat ke tempat yang lain. Itu yang membezakan KOMUNIKASI dengan TELEKOMUNIKASI iaitu JARAK.

Seterusnya yang perlu kita tahu dalam topik ini ialah 6 elemen yang terlibat dalam teknologi komunikasi dan komputer iaitu :


  • Manusia - Terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan Profesional dan pengguna akhir. Mereka ini merupakan elemen terpenting sekali dalam perkembangan teknologi dan komunikasi kerana mereka lah yang menganalisis, mengubah, mencipta dan memperbaharui teknologi
  • Prosedur - Merujuk kepada tatacara terperinci tindakan yang perlu diambil walaupun berlaku kes-kes kecemasan
  • Data/Maklumat - 'raw data' iaitu data yang belum diproses dan data yang diformulakan diproses menjadi maklumat
  • Hardware (Perkakasan) - Objek yang berbentuk fizikal yang terdiri daripada perkakasan komputer, ianya sangat penting kerana tanpa perkakasan ini, komputer tidak boleh beroperasi
  • Software (Program) - Program atau perisian yang mengawal sistem operasi komputer supaya berfungsi
  • Komunikasi -Penyiaran atau pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang lain 




No comments:

Post a Comment