Wednesday, September 20, 2017

KOMUNIKASI DATA

 
Kita take five seketika, dengan bacaan doa penerang hati, sebelum masuk ke topik seterusnya. Memandangkan kelas hari ahad , dari pagi hingga ke petang pula, otak sudah mulai tepu menerima dan memproses maklumat.  Ada yang sudah terbayang anak di rumah, ada pula terbayang kompleks membeli-belah. Itu normal. 

Pentingnya tumpuan sepenuhnya ketika kelas dalam keadaan-keadaan sebegini, untuk kita lebih fokus belajar terma-terma baru dalam subjek ini. 

Baiklah, topik seterusnya mari kita rungkaikan satu persatu. Apa itu data?

Data ialah data yang asalnya belum diproses atau data mentah iaitu 'raw data' kemudian ianya diproses, disusun, disimpan dan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat .

Komunikasi data pula ialah proses dimana data yang kita hasilkan perlu dipindahkan dan ia melibatkan dua atau lebih device menggunakan sistem penghantaran elektronik.

Data datang dalam pelbagai bentuk. Ia merangkumi penulisan, suara, gambar, dan video. Kesemua jenis maklmat ini perlu ditukarkan menjadi signal yang boleh difahami oleh komunikasi media untuk kita pancarkan data dari satu tempat ke tempat yang lain. Maka dengan itu, ia terbahagi kepada dua :

  • Signal Analog
          Merujuk kepada signal yang berbentuk gelombang dan berubah-ubah 


   
Contoh signal analog 

  • Signal Digital
          Merujuk kepada signal yang berbentuk empat segi dan hanya merangkumi angka 0 atau 
          1 (bahasa komputer) yang dipanggil 'bit'


Contoh signal digital


Di bawah  gambaran proses pertukaran signal yang dipanggil 'modulation' dan 'demodulation' dan proses pertukaran ini menggunakan hardware yang dipanggil modem



MOD PENGHANTARAN DATA

  • Parallel Transmission -  penghantaran data secara serentak iaitu setiap bit-bit aksara dihantar sekaligus melalui garisan-garisan tersendiri 
  




  • Serial Transmission - kaedah penghantaran di mana setiap bit-bit aksara dihantar satu persatu. 



    Kaedah ini terbahagi pula kepada 3 iaitu 'Synchronous Transmission', 'Asynchronous Transmission' dan 'Isochronous Transmission'. Inilah dia perkataan-perkataan yang pada mulanya pening didengar, tapi sebenarnya mudah sahaja difahami. Mari saya jelaskan.
  • Synchronous Transmission - terdiri daripada blok yang dipanggil 'frame' dan setiap blok mengandungi aksara dimana penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak, serentak dan sekaligus. 
  • Asynchronous Transmission - kumpulan-kumpulan yang terdiri dari aksara yang tidak dihantar secara serentak, dan ianya tiada penjadualan masa dan boleh dihantar pada bila-bila masa
  • Isochronous Transmission - Penghantaran data pada masa yang sama contohnya streaming

ALIRAN DATA TRANSMISI
  • Simplex - Maklumat yang dihantar hanya satu hala sahaja 
  • Half Duplex - Maklumat yang dihantar dalam dua hala tetapi bukan pada masa yang sama dan tindakbalas tidak berlaku pada masa yang sama
  • Full Duplex - Maklumat yang dihantar dalam dua hala dan ianya berlaku serentak 


Pengakhiran topik hari ini adalah berkaitan pemampatan data iaitu 'Data Compression'. Ianya merujuk kepada mengecilkan saiz sesuatu fail dari saiz asal dan ianya bertujuan untuk memudahkan penghantaran data dan memperkecilkan penyimpanan data.

Hari ini baru saya tahu bahawa ikon buku-buku ini rupanya salah satu contoh fail yang telah dimampatkan 😅 Nampak kan? Dengan belajar subjek ini, macam-macam pengetahuan yang kita boleh dapat dan boleh diaplikasikan di kehidupan kita seharian. 


Tamat sudah kelas pertama dan apa yang dapat disimpulkan hasil daripada pembelajaran subjek ini saya dapat memahami istilah perkataan-perkataan baru disamping itu juga saya yang sebelumnya langsung tidak tahu cara menggunakan blog, tapi sekarang saya sudah tahu mengaplikasikan penggunaan blog.

Baikalah cukup untuk hari ini. Jika ada sebarang kekeliruan atau ketidakfahaman, boleh tinggalkan komen dan sama-sama  kita berkongsi-kongsi idea, pendapat  serta pengetahuan. 

Anda juga dialu-alukan memberi idea untuk penambahbaikan penyampaian saya pada entri-entri seterusnya, kerana saya juga sedang dalam proses pembelajaran. Kelas Tamat!  

                                                               
                                                           












Tuesday, September 19, 2017

PENGENALAN KEPADA TELEKOMUNIKASI




TELAH BERMULA KELAS PERTAMA DI SEMESTER PERTAMA SAYA SEBAGAI PELAJAR UTM.

Tanggapan pertama saya terhadap matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian ini adalah SUSAH kerana saya sebelum ini merupakan pelajar dari bidang perakaunan yang langsung tiada asas dalam bidang IT. Namun, setelah bermulanya kuliah yang pertama, ternyata tanggapan saya itu sebenarnya SALAH.

Kelas pertama, kami dipertemukan dengan Dr. Mohd Nihra Haruzuan bin Mohd Said. Seorang yang berketerampilan serta berkaliber tinggi dari sudut pandangan mata saya.  Bermula dengan penerangan tentang Rancangan Pengajaran, disusuli dengan sesi suai kenal, perbicangan , serta pembahagian tugas, banyak perkataan-perkataan baru yang saya pelajari contohnya 'isochronous', 'amplitude', 'analog' dan sebagainya. Pada mulanya saya 'lost' di awang-awangan namun setelah mendapat penerangan yang jelas dari Dr Nihra, alhamdulillah proses pembelajaran saya mudah dan saya sangat seronok untuk tahu lebih mendalam lagi tentang matapelajaran ini.



Berbalik kepada topik utama, saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai bab Pengenalan kepada komunikasi. Apa itu komunikasi?

KOMUNIKASI merupakan penyampaian, pemberitahuan, memindahkan atau menukarkan mesej-mesej, sebarang idea, ilmu atau maklumat dalam bentuk suara, ucapan, 'signal', penulisan atau perbuatan.

Terdapat enam elemen yang terlibat semasa proses komunikasi berlaku iaitu :

  • Pengirim /sumber
  • Mesej
  • Saluran
  • Penerima
  • 'Noise'
  • Tindakbalas
Sedikit selingan gambar rajah yang saya hasilkan sendiri untuk rujukan kalian supaya tidak bosan membaca penulisan saya.



Secara ringkasnya gambarannya begini, pengirim menghantar mesej atau maklumat menggunakan apa sahaja jenis saluran,contohnya percakapan kepada penerima, kemudian penerima memberi tindakbalas terhadap penerimaan mesej tersebut. Itu dinamakan proses komunikasi.

Haaa faham ke tidak?  Diharap saudara saudari pembaca sekalian tidak terpinga-terpinga dengan mesej yang saya cuba sampaikan. Jangan jadi macam watak penerima dalam gambar di atas ya! Kalau tak faham, boleh tinggalkan komen, saya akan cuba terangkan sampai kalian faham 😉

TELEKOMUNIKASI pula merujuk kepada penghantaran maklumat dari pemancar kepada penerima yang biasanya melibatkan jarak dari satu tempat ke tempat yang lain. Itu yang membezakan KOMUNIKASI dengan TELEKOMUNIKASI iaitu JARAK.

Seterusnya yang perlu kita tahu dalam topik ini ialah 6 elemen yang terlibat dalam teknologi komunikasi dan komputer iaitu :


  • Manusia - Terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan Profesional dan pengguna akhir. Mereka ini merupakan elemen terpenting sekali dalam perkembangan teknologi dan komunikasi kerana mereka lah yang menganalisis, mengubah, mencipta dan memperbaharui teknologi
  • Prosedur - Merujuk kepada tatacara terperinci tindakan yang perlu diambil walaupun berlaku kes-kes kecemasan
  • Data/Maklumat - 'raw data' iaitu data yang belum diproses dan data yang diformulakan diproses menjadi maklumat
  • Hardware (Perkakasan) - Objek yang berbentuk fizikal yang terdiri daripada perkakasan komputer, ianya sangat penting kerana tanpa perkakasan ini, komputer tidak boleh beroperasi
  • Software (Program) - Program atau perisian yang mengawal sistem operasi komputer supaya berfungsi
  • Komunikasi -Penyiaran atau pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang lain 




Monday, September 18, 2017

PENGENALAN



Terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya. Sedikit latar belakang mengenai diri, saya merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang kini sedang mengambil Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah diberi peluang untuk menceburkan diri dalam bidang Pendidikan ini.  

Seperti kita sedia maklum, perkembangan teknologi di era globalisasi ini terlalu cepat berkembang pesat. Seiring dengan perkembangan ini, saya bakal seorang pendidik tidak harus ketinggalan kerana kepentingan teknologi itu sendiri dalam bidang pendidikan. Ianya bukan sahaja memudahkan proses penyampaian maklumat saya kepada pelajar malah ia sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah melahirkan modal insan yang kreatif , cekap dan berdayasaing.

Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam subjek  Telekomunikasi dan Rangkaian yang merupakan subjek saya pelajari pada semester ini. Dari satu topik ke topik lain yang dipelajari dalam kuliah  akan saya rungkai secara berperingkat. Semoga ilmu yang dikongsi ini memberi manfaat pada semua pembaca dan saudara saudari boleh tinggalkan komen untuk kita saling bertukar idea dan pandangan masing-masing.